April 1, 2008

Hidup ini satu anugerah...




My first posting... welcome to me! These days, I guess, with cyberage, instead of having diaries, this is where people now pen down their daily thots. Ok, about life - hidup ini satu anugerah - kenapa? Biasalah insan, sentiasa mengambil mudah tentang hidup. Bila kehilangan seseorang, atau sesuatu berlaku, barulah kita akan hargai orang atau benda yang selama ni kita 'take for granted'.

Sabtu lepas, anak buah saya, Dhia, demam panas hingga menyebabkan sawan. Dua minggu sebelumnya, pada malam pilihanraya, sewaktu kami adik-beradik sedang sibuk berbalas sms berkongsi keputusan, tiba2 Aduk hilang dari 'radar'. Rupa-rupanya, dia sedang mengejarkan anaknya ke hospital. Saya orang pertama diberitahu keesokan paginya. Saya berperang dengan perasaan samada mahu memberitahu emak& ayah saya, kerana keadaan kesihatan ayah saya yang kurang baik. Saya memberitahu emak dahulu, dan kemudian baru memberitahu ayah sebaik mungkin. Alhamdulillah, dia dapat menerima, dan mereka segera berkemas untuk ke Hospital Serdang.

Itu mengingatkan saya pada apa yang berlaku pada anak bongsu saya, Qaisarah Hanisah, pada 31 Januari yang lepas. Dia mengalami keadaan yang sama - saya baru pulang dari kuliah, dan terus makan dahulu. Jam 10, saya dengar dia merengek dengan neneknya, dan saya naik. Badannya agak panas. Tapi kerana dia baru diberi ubat, saya cuma mengelapnya dengan tuala basah, dan kemudian membawanya masuk tidur. Anak manja saya itu meminta susu badan, dan saya memberinya. Kemudian, dalam pukul 11, saya terasa giginya sedikit bergetar. Saya bangun, dan memangkunya. Dia kelihatan diam. Sewaktu mahu meletakkannya kembali ke tilam, tiba2 dia menggigil. Terperanjat, saya terus membawanya keluar. Baby sudah seakan menggelupur, dan saya terus membawanya kepada ayah saya di biliknya, dan dalam keadaan panik, saya, ayah saya & dan emak menjerit sesama sendiri. Dalam keadaan menggigil, kunci terlepas dari tangan saya. Akhirnya saya berjaya membuka pintu & pagar. Our next-door neighbour, kak Lina, abg Farid n their two kids rushed outside when they heard the commotion. I jumped into the car, followed by my dad, n rushed to the hospital.

The attending doc took over, but my precious baby was not responding to anything, until the time they drew some blood sample from her. The moment I heard her saying "nanak", my heart soared - that definitely was the most beautiful sound I ever heard in my whole life - of course, right after the first cries my babies made...

Alhamdulillah, my baby is now safe & healthy, and I hope Dhia will be bouncing back in no time... Well, life is definitely precious and a gift from Allah yang Maha Esa...